177200
 Utama :: Mengenai Kami

MENGENAI KAMI




 Mengenai .my DOMAIN REGISTRY

.my DOMAIN REGISTRY (entiti sah MYNIC Berhad dengan No. Pendaftaran Syarikat: 735031-H) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

.my DOMAIN REGISTRY adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sebagai pentadbir nama domain peringkat kebangsaan, .my DOMAIN REGISTRY memberikan organisasi dan individu di Malaysia identiti jenama yang unik di Internet. Kami mendaftar pelbagai nama domain iaitu .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.

Kami mempunyai jaringan wakil jualan di seluruh negara yang bekerja 24 x 7 hari seminggu untuk membantu di dalam urusan pendaftaran dan pembayaran nama domain. Wakil jualan kami juga pakar dalam menyediakan perkhidmatan untuk semua keperluan web dan Internet. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah:-

  1. pembangunnan laman web
  2. membuka akaun e-mel
  3. web hosting
  4. merekabentuk laman web
  5. pembaharuan tahunan nama domain

.my DOMAIN REGISTRY juga bertanggungjawab untuk membangunkan dasar-dasar domain peringkat tertinggi dan sentiasa berada di hadapan teknologi nama domain dengan melaksanakan projek-projek penyelidikan seperti di bawah:-

  1. IPv6
  2. DNSSEC
  3. ENUM
  4. Anycast dan IDN
  5. aktiviti penyebaran dan latihan dalam penggunaan teknologi- teknologi di atas

Kami mengambil pendekatan ke hadapan untuk selari dengan teknologi domain yang berkembang pesat dan berdedikasi untuk menolong rakyat Malaysia berhubung dengan dunia melalui penggunaan domain .my.

Dalam bidang jangkau luar (outreach) dan kesedaran ICT, .my DOMAIN REGISTRY telah mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam program-program yang disasarkan bagi merapatkan jurang perbezaan antara jantina dalam bidang Tekno usahawan (Teknopreneurship) dan untuk memberi latihan kepada para usahawan wanita daripada SME melalui projek komuniti kami yang dinamakan 1nita. Projek tersebut telah dilancarkan pada Mac 2010 oleh Menteri MOSTI, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, dengan objektif utama untuk memberi pendedahan, latihan dan peluang kepada usahawan wanita di negara kita ke arah penggunaan alatan dan teknik atas talian sebagai salah satu alternatif pemasaran produk dan perkhidmatan mereka.

Projek 1nita telah berjaya melatih 999 peserta, dan memasarkan sejumlah 4,000 produk dan 1,300 perkhidmatan melalui portalnya, dan kemuncak projek ini adalah Karnival 1nita yang dilancarkan oleh Isteri YAB Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada Disember 2010. Hasil daripada projek ini, sebanyak 871 nama domain .my atas talian telah diwujudkan dan kami juga telah bekerjasama dengan EKOM, UKM, di dalam penghasilan buku "Pembangunan e-Usahawan: Satu Panduan" bagi membantu usahawan mengaplikasikan alatan dan teknik atas talian.

Di .my DOMAIN REGISTRY, kami akan memastikan stakeholders kami – pihak Kerajaan, pihak perniagaan dan orang awam akan diberi perhatian, perkhidmatan dan sokongan yang sewajarnya untuk identiti internet mereka selaras dengan 3 teras falsafah kerja kami iaitu Kepercayaan, Keyakinan dan Keselamatan.


 Peranan .my DOMAIN REGISTRY

.my DOMAIN REGISTRY ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (MOSTI) dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


.my DOMAIN REGISTRY mendaftar lapan (8) kategori nama domain berikut:

  • .my – bagi individu dan semua organisasi di Malaysia.
  • com.my – bagi organisasi/aktiviti komersial.
  • net.my – bagi organisasi/aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian.
  • org.my – bagi organisasi/aktiviti yang tidak layak dalam kategori lain.
  • edu.my – bagi institusi pendidikan Malaysia sahaja.
  • gov.my – bagi agensi kerajaan Malaysia sahaja.
  • mil.my – bagi agensi ketenteraan Malaysia sahaja.
  • name.my – bagi warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia sahaja.

 


 Perkhidmatan yang disediakan oleh .my DOMAIN REGISTRY


 Perkhidmatan yang tidak disediakan oleh .my DOMAIN REGISTRY

  • Host nama domain
  • Host e-mel
  • Host laman web
  • Menyediakan alamat IP
  • Mendaftarkan domain IN-ADDR.ARPA
  • Perkhidmatan perundingan DNS (Sistem Nama Domain)