SOALAN LAZIM
Nama domain ialah alamat berbentuk teks yang boleh dicapai melalui Internet.
Nama domain mempunyai beberapa komponen, iaitu label yang dipisahkan dengan titik seperti www.abc.com.my.
Struktur nama domain selaras dengan heirarki Sistem Nama Domain (DNS) iaitu mengikut struktur pokok (tree structure). Struktur ini membenarkan capaian komputer antara satu sama lain di dalam internet (rujuk Bagaimanakah nama domain diterjemahkan kepada alamat IP?).
Akar (Root) ialah peringkat tertinggi di dalam susunan hierarki yang tidak dapat dilihat dalam nama domain. Peringkat seterusnya di dalam hierarki ialah domain peringkat pertama (TLD), diikuti oleh domain peringkat kedua, dan seterusnya.
TLD terletak paling kanan dalam nama domain. Dalam contoh di atas, TLD ialah .my. TLD adalah merujuk kepada nama domain kod negara seperti .uk dan .jp atau nama domain generik peringkat pertama seperti, .com, .net atau .gov.
URL ialah Uniform Resource Locater, alamat yang menentukan lokasi sesuatu objek, biasanya di laman web di Internet. Beberapa contoh URL:
http://www.abc.com.my/welcome.html
http://abc.com.my
http://abc.com/welcome/index.htm
ftp://ftp.abc.com.my/something.gz
mailto:someone@abc.com.my
URL mengandungi tiga bahagian, iaitu
Protokol (contoh: http, ftp, news, mailto)
Nama domain bagi komputer hos internet (contoh: www.abc.com.my, abc.com, abc.com.my)
Laluan atau nama fail (contoh: welcome.html, welcome/index.html, something.gz)
Oleh sebab itu, nama domain digunakan dalam URL. Bila anda menggunakan laman web ataupun menghantar e-mel, nama domain akan digunakan. Contohnya,
URL http://www.abc.com.my mengandungi nama domain abc.com.my
Alamat e-mel somebody@abc.com.my mengandungi nama domain abc.com.my
Alamat Internet adalah berbeza.
Alamat IP ataupun rangkaian alamat ialah alamat berbentuk angka yang dikenal pasti oleh setiap mesin di dalam Internet. Oleh itu, setiap mesin mempunyai alamat IP yang unik. Contohnya, alamat IP untuk laman web syarikat abc ialah 192.228.180.200.
Nama domain ialah alamat berbentuk teks yang memudahkan manusia untuk mengingatinya berbanding dengan alamat IP yang berbentuk angka.Contohnya, nama domain untuk syarikat abc yang sama ialah http://www.abc.com.my. Bagaimanapun, nama domain ini mungkin terdapat lebih daripada satu alamat IP.
Apabila anda melayari laman web tertentu, alamat IP sebenarnya yang menentukan komunikasi antara komputer anda dengan laman web. Alamat IP boleh dikatakan mesra komputer, manakala nama domain adalah mesra pengguna.
Teknologi yang memungkinkan kejadian ini dinamakan teknologi Sistem Nama Domain (DNS). Teknologi ini menyediakan pemetaan antara nama domain mesra pengguna dengan alamat IP berangka yang mesra komputer. DNS ialah protokol Internet dan pangkalan data.
Beginilah cara teknologi DNS berfungsi: DNS mengandungi tiga komponen, iaitu: pelayan nama, penyelesai, dan domain.
Pelayan nama juga dikenali sebagai pelayan DNS. Ia menyimpan maklumat nama domain atau mendapatkan maklumat nama domain daripada pelayan nama dan menyimpannya buat sementara untuk menghapuskan trafik rangkaian yang tidak perlu.
Penyelesai ialah pelanggan DNS yang menanyakan pelayan nama untuk menyelesaikan nama hos Internet.
Domain ialah kandungan DNS yang memegang struktur pokok berhierarki untuk terjemahan nama kepada alamat rangkaian dan perjalanan mel.
Struktur pokok berhierarki mempunyai fungsi seperti yang berikut:
Memberi arahan umum kepada jenis organisasi untuk lokasinya contoh, nama yang berakhir dengan .my berkaitan dengan Malaysia.
Membenarkan pelayaran automatik dalam sistem melalui pokok DNS.
Membenarkan wakil yang bertanggungjawab terhadap cawangan pokok kepada beberapa pihak.
Sebagai contoh, nama domain www.abc.com.my. Nama internet berhierarki untuk domain ini ialah:
.(root)
|
my
|
com
|
abc
|
www
Di atas pokok pangkalan data dinamai akar (root) pelayan nama. Setiap akar pelayan nama tahu alamat IP pelayan nama yang mengendalikan nama domain peringkat tinggi. Dalam contoh kami, nama domain peringkat tinggi ialah .my. Jika pelayan nama pertanyaan ingin mencari alamat IP www.abc.com.my:
Pertama, ia akan menanyakan akar pelayan nama bagi alamat IP pelayan nama domain .my. Akar pelayan nama akan kembali ke alamat IP pelayan nama domain .my kepada pelayan nama pertanyaan.
Kemudian, pelayan nama pertanyaan akan menanyakan pelayan nama domain .my akan alamat IP pelayan nama domain com.my. Pelayan nama domain .my mengembalikan alamat IP pelayan nama domain .com.my kepada pelayan nama pertanyaan.
Kemudian, pelayan nama pertanyaan akan menanyakan pelayan nama domain .com.my untuk mencari alamat IP pelayan nama domain abc.com.my dan memperoleh maklumat yang diperlukan.
Akhirnya, ia menanyakan pelayan nama domain abc.com.my. Setiap pelayan nama domain abc.com.my mempunyai maklumat alamat yang terperinci untuk hos dalam domain tersebut. Pelayan nama paling khas ini membekalkan pelayan nama pertanyaan dengan alamat IP bagi mesin hos yang dinamai www.abc.com.my.
Proses ini ditunjukkan melalui rajah di bawah:
Contoh Pertanyaan: Apakah nombor alamat (alamat IP) sebuah mesin yang mempunyai hos nama www.abc.com.my?
Contoh Maklum Balas: 192.228.180.200
. (root) pelayan nama
^
/
v
pelayan nama jauh server <----> pelayan nama .my
- menghantar pertanyaan kepada
pelayan nama lain
- memberi maklum balas kepada pelanggan
<----> pelayan nama .com.my
^ ^
| \
| v
| pelayan nama abc.com.my
v
pelanggan DNS jauh (penyelesai)
menghantar pertanyaan kepada pelayan nama
Setiap nama domain mempunyai pelayan nama yang menguruskan pertanyaan untuk maklumat atau rekodnya. Apakah dalam pelayan nama? Ia mempunyai satu atau lebih pangkalan data DNS untuk menyimpan nama hos Internet dan alamat IP mereka. Rekod DNS perlu dijaga oleh seseorang.
Pelayan nama akan ditanya oleh pelbagai program dan pelayan nama yang lain untuk menukar nama domain kepada alamat IP sepanjang hari. Setiap pelayan nama yang dinamai pelayan nama utama, biasanya mempunyai pelayan sokongan (back up server) dinamai pelayan nama kedua, supaya ia boleh dijalankan tanpa gangguan. Kedua-dua pelayan nama utama dan kedua menguruskan data berwibawa sesebuah nama domain.
Jika anda ingin menerima e-mel daripada Internet, anda memerlukan rekod Pertukaran Mel (MX) untuk nama domain dalam pangkalan data DNS anda. Terdapat dua cara anda boleh mendapatkan pelayan nama untuk nama domain anda:
Menubuhkan dan mentadbirnya sendiri.
Membayar Pembekal Servis Internet atau syarikat hos untuk menguruskannya bagi pihak anda.
Ia mempunyai maklumat nama domain.
Penyenggaraan rekod DNS bagi nama domain disiapkan pada peringkat pelayan nama utama.
Jika anda sendiri memilih untuk mentadbir pelayan nama utama, anda boleh membuat perubahan, penambahan, pemadaman untuk kemudahan anda sendiri.
Ia mempunyai salinan tepat maklumat nama domain seperti pelayan nama utama, yang dimuat turun daripada pelayan nama utama secara berkala.
Ia bertindak sebagai pelayan pilihan sekiranya pelayan nama utama tidak berfungsi.
Jika anda memilih untuk mentadbir pelayan nama kedua sahaja, anda tidak perlu risau tentang penyenggaraan nama domain khusus.